Meneliti carta-carta utama, pasangan mata wang USD/CAD turut memaparkan lonjakan bertenaga harga ke paras tertinggi terbaru 4 bulan pada sesi New York semalam.
US dolar ketara mengukuh selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dalam pembentangan dasar monetari semalam memberi isyarat untuk pengetatan dasar akan diteruskan oleh bank pusat.
Pasaran kini menjangkakan kenaikan kadar faedah sekurang-kurangan 50 mata asas akan dilaksanakan pada mesyuarat Mac ini.
Dolar Kanada turut terkesan ekoran situasi ini juga telah memberi tempias penurunan pada harga minyak mentah dalam pasaran.
Pelabur Loonie pada sesi New York malam ini pula akan memberi tumpuan pada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Kanada (BOC) pada jam 11 malam selain pembentangan oleh Powell akan bersambung lagi malam nanti.
Pada carta USD/CAD, dapat diperhatikan lonjakan yang berlaku semalam akhirnya telah berjaya menembusi zon rintangan 1.36600 dan mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.37600.
Pergerakan perlahan bersambung pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Rabu), namun harga kekal berlegar di sekitar ketinggian terbaru yang dicapai tersebut.
Rintangan pada 1.38000 akan menjadi tumpuan terhampir yang bakal diuji sebelum harga dijangka akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.
Ketinggian paras 1.39000 berkemungkinan akan menjadi sasaran terbaru jika trend bullish harga berjaya dikekalkan.
Namun jika berlaku penyusutan semula harga, paras 1.36600 yang sebelum ini menjadi rintangan buat harga bakal harga singgah kembali dan membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.
Susut lebih rendah akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish harga semula kepada para pelabur.
Selepas mesyuarat BOC malam ini, pelabur akan memberi tumpuan pula pada laporan data pekerjaan Kanada dan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG