USD/CAD Melonjak Dan Kembali Uji Paras Tumpuan Harga Pada 1.34000

255

Matawang komoditi dolar Kanada mengejutkan pasaran semalam dengan pergerakan drastic yang ditunjukkan selepas mengalami kejatuhan susulan tinjauan unjuran perniagaan di Kanada dikeluarkan oleh bank pusat Kanada.

Menurut penganalisis dari National Bank of Canada, Krishen Rangasamy telah menyatakan tinjauan tersebut menunjukkan kemerosotan sentimen namun ia tidak menjamin ransangan tambahan dari bank pusat.

Tinjauan yang dijalankan pada 19 Februari hingga 13 Mac lalu menunjukkan kemerosotan pada tinjauan indeks utama yang jatuh ke paras negatif untuk pertama kali sejak tahun 2016. Kadar jualan perniagaan yang sederhana dan kebimbangan terhadap ekonomi Amerika Syarikat menjadi faktor syarikat-syarikat untuk mengkaji semula unjuran kadar jualan untuk 12 bulan akan datang.

Di samping itu juga, harga minyak mentah dijangka menurun dan menambahkan lagi tekanan terhadap dagangan Loonie dalam pasaran semasa.

Oleh itu, walaupun dagangan semasa bagi dolar Amerika masih berisiko, harga tetap melonjak pada pasangan matawang USD/CAD semalam disebabkan kejatuhan drastik oleh Loonie.

Harga telah melonjak dari zon support 1.33000 semalam sehingga melepasi paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam dengan pergerakan harga mencatatkan sekitar hampir 100 pips kenaikan.

Dagangan yang bersambung pada hari ini dilihat lebih perlahan namun harga masih menunjukkan kenaikan dan menuju ke paras zon SBR (support become resistance) pada 1.34000.

Jika dolar CAD terus didagangkan lemah dalam pasaran, harga berkemungkinan akan breakout paras 1.34000 sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi seterusnya menuju ke zon resistance pada 1.34400 berhampiran paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, jangkaan penurunan harga akan melepasi paras Magic Pivot 1.3351 sebelum menguji zon support yang dicecah pada paras terendah dagangan semalam pada 1.33000 dan mencatatkan sekitar 100 pips pergerakan harga.

Paras penurunan lebih rendah berkemungkinan bakal mencecah paras tumpuan pada 1.32500 atau lebih rendah lagi di paras support 1.3218 (MagicS3).

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan harian.

Paras support: 1.3311, 1.3257, 1.3218.

Paras resistance: 1.3405, 1.3444, 1.3498.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat