USD/CAD Melonjak Hampir 100 Pips Catat Paras Ketinggian Bulanan Terbaru

393

Data-data ekonomi semasa tidak menyokong dagangan dolar Kanada dengan melihatkan penurunan ketara pada carta harga berbanding matawang utama yang lain semalam.

Harga minyak mentah mencatatkan penurunan terendah sejak September lalu. Menjelang data inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) pada hari ini pula, dagangan Loonie telah menyusut sejak sesi pasaran New York semalam.

Selain itu, turut menambah tekanan buat dagangan Loonie apabila Pegawai Tinggi Timbalan Gabenor bank pusat Kanada, Carolyn Wilkins menyatakan bahawa masih ada ruang untuk pelonggaran dasar, walaupun kadar faedah semasa telah berada di paras rekod terendah.

Bacaan data jualan kilang di Kanada yang dikeluarkan semalam turut mencatatkan angka yang lemah. Tumpuan terarah pula pada data inflasi Kanada pada sesi New York malam ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD pada minggu ini, harga telah menunjukkan corak penurunan harga sejak awal minggu dan bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50).

Namun harga yang mencatatkan paras terendah minggu ini hampir mencecah paras 1.31900 kemudiannya telah melonjak melepasi garisan MA50 dan juga menembusi zon SBR (support become resistance) 1.32200.

Kenaikan harian semalam mencatatkan 80 lonjakan ke paras lebih tinggi sehingga mencapai paras ketinggian pada zon resistance 1.32700. Paras ini telah dicapai harga pada dagangan minggu lalu.

Menyambung dagangan pada Rabu, harga mengekalkan momentum pengukuhan dengan kenaikan telah mencatatkan paras ketinggian terbaru melepasi zon resistance semalam dan juga paras ketinggian bulanan terbaru. Namun pergerakan harga dilihat masih perlahan.

Kenaikan harga dilihat menuju paras ketinggian pada 1.33000 yang merupakan zon SBR pada carta USD/CAD jika dilihat pergerakan harga dengan skala yang lebih besar.

Momentum yang berjaya dikekalkan berpotensi menggerakkan harga ke paras ketinggian yang dicapai pada Oktober sekitar 1.33400.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, paras-paras penting yang menjadi tumpuan harga sebelum ini akan kembali dituju semula di antara zon RBS (resistance become support) 1.31900.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat