USD/CAD Menguat Selepas Data CPI Kanada Meleset Daripada Jangkaan

440

Matawang dollar Kanada (CAD) melemah pada pukul 8.30 malam tadi selepas data-data ekonomi dikeluarkan. CAD dilihat melemah berbanding US dollar dengan USD/CAD membuat kenaikan hampir 70 pip setakat pada pukul 8.49 malam.

Data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh Kanada jelas mengecewakan dengan bacaan inflasi, CPI meleset daripada jangkaan pasaran dan jatuh daripada bacaan sebelum ini. CPI hanya meningkat 0.3% pada bulan lalu berbanding jangkaan kenaikan 0.4% dan bacaan sebelum yang meningkat 0.6%.

Dalam data lain, bacaan jualan runcit teras (Core retail-sales) tidak berubah pada bulan lalu berbanding jangkaan kenaikan 0.4%. Bacaan kali ini juga dilihat jatuh mendadak daripada kenaikan sebelum ini sebanyak 1.0%.

Bacaan inflasi penting untuk dilihat oleh Bank of Canada (BoC) kerana ia adalah indikator utama untuk menggubal polisi monetari. Sasaran inflasi bank pusat adalah 2% di mana julat sasaran (target range) bank pusat adalah di antara 1% kepada 3%.

Bank pusat baru sahaja mengadakan mesyuarat pada minggu ini dan mengekalkan kadar faedah di paras 1.25% pada Rabu. Secara keseluruhan, kenyataan bank pusat dan komen Poloz dilihat kurang hawkish daripada apa yang dijangka oleh pasaran. Oleh sebab itu, CAD tertekan pada Rabu dengan tiada isyarat baru yang diberikan oleh bank pusat.

Namun, bank pusat menegaskan kada faedah yang tinggi adalah diperlukan dari masa ke semasa, tetapi menyatakan mereka akan terus berhati-hati dengan keadaan semasa ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat