USD/CAD Menjunam Lebih 200 Pips, Apa Berlaku Pada Matawang Dolar Kanada?

1,917

Matawang dolar Kanada diniagakan kukuh menuju penghujung dagangan minggu ini didorong oleh kenaikan pada harga minyak mentah.

Sentimen pasaran minyak semakin menunjukkan pemulihan dengan jangkaan permintaan yang bakal meningkat semula susulan pembukaan ekonomi di negara-negara utama.

Sebelum ini permintaan minyak mentah merosot berikutan lebihan bekalan disebabkan penggunaan yang perlahan ketika penularan wabak pandemik yang menyebabkan kelumpuhan ekonomi seluruh dunia.

Namun, pengukuhan dolar Kanada bakal dihadkan oleh kewaspadaan pelabur menjelang data pekerjaan Kanada yang akan diterbitkan bersama data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini jam 8.30 malam waktu tempatan.

Kedua-dua data pekerjaan tersebut dijangka diterbitkan dengan angka yang merosot. Kadar pekerjaan diramalkan meningkat tinggi.

Pergerakan harga bagi matawang US dolar dan Loonie pada carta harga pasangan USD/CAD bakal mempamerkan pergerakan volatile pada sesi New York.

Jika diperhatikan dagangan semalam, harga membuat penurunan lebih 200 pips dari paras ketinggian 1.41700 sehingga hampir mencecah paras 1.39500.

Harga membuat kenaikan yang lemah pada penghujung sesi New York menguji paras 1.4000 sebelum menyambung semula penurunan sehingga ke sesi Asia pagi ini.

Penurunan harga pada dagangan hari ini dilihat menguji paras tumpuan sekitar 1.39300 sebelum harga bergerak mendatar bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Jika harga membuat kenaikan, paras tumpuan pada 1.4000 akan diuji semula sebelum menentukan arah pergerakan yang lebih jelas.

Namun jika penurunan berlaku, harga akan turun lebih rendah menuju zon support di paras 1.38600 yang diuji pada penghujung April lalu.

Walau bagaimanapun, pelabur berwaspada untuk pergerakan lebih drastik harga susulan data pekerjaan yang akan diterbitkan sebentar lagi.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat