USD/CAD Telah Melonjak 200 PIPS Dari Paras Support 1.31200 Minggu Lalu

561

Matawang komoditi dolar Kanada terus didagangkan lemah dalam pasaran sementara pelabur menantikan keputusan penetapan kadar faedah oleh bank pusat Kanada pada Rabu.

Kadar faedah dijangka akan dikekalkan berikutan data-data ekonomi domestik di Kanada yang kurang meyakinkan. Dengan kejatuhan kadar inflasi ke paras terendah dalam tempoh 15 bulan pada Januari lalu serta data GDP untuk suku tahun keempat yang lemah, Bank of Canada (BoC) perlu menunggu dan melihat pendekatan yang sesuai sebelum meneruskan langkah kitaran proses pengetatan dasar.

Perkembangan pada eksport terbesar Kanada, minyak mentah menunjukkan tanda-tanda yang positif berikutan perkembangan pada rundingan dagang AS-China dan juga konflik India-Pakistan yang sedikit reda membantu memulihkan pasaran minyak mentah global.

Harga minyak mentah buat masa ini disokong oleh kerjasama pematuhan oleh Rusia dan juga jangkaan pengurangan bekalan minyak mentah oleh OPEC sehingga penghujung tahun ini.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga yang menguji zon support 1.31200 pada minggu lalu telah melonjak semula 200 pips ke paras zon resistance 1.33300 sehingga dagangan semalam.

Matawang dolar AS yang berjaya mengukuh telah memberi tekanan terhadap dagangan Loonie yang berisiko dalam pasaran semasa.

Setakat sesi pasaran Eropah petang ini, harga dilihat menguji paras resistance 1.3334 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang berada pada zon resistance tumpuan pada chart USD/CAD.

Harga yang berjaya membuat kenaikan lebih tinggi berkemungkinan mampu mencapai paras ketinggian baru sekitar paras resistance 1.3399 (MagicR3).

Namun jika harga kembali menunjukkan penurunan, destinasi tumpuan harga dijangkakan turun ke zon RBS (resistance become support) pada 1.32300 hampir 100 pips penurunan dari paras zon resistance semasa.

Lihat gambar chart USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.3268, 1.3237, 1.3202.

Paras resistance: 1.3334, 1.3368, 1.3399.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat