USD/CAD Terciduk! Mulanya Harga Buat Kenaikan, Akhirnya Jatuh Longkang

127

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD antara yang menjadi tumpuan pelabur pada dagangan penghujung minggu lalu susulan laporan data pekerjaan bagi kedua-dua negara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada diterbitkan bersama.

US dolar mengalami penyusutan yang ketara dan gagal untuk mengekalkan prestasi cemerlang yang disokong oleh isyarat pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed), dipengaruhi oleh bacaan laporan pekerjaan NFP untuk bulan Oktober yang suram.

Sebaliknya, berbeza dengan laporan pekerjaan Kanada yang lebih cemerlang dengan pertambahan pekerjaan dicatatkan pada Oktober melonjak 108,300 berbanding jangkaan yang menurun.

Dolar Kanada menutup dagangan minggu lalu dengan kukuh di samping US dolar lemah menghapuskan keuntungan yang dicapai sepanjang minggu tersebut.

Jika dinilai pergerakan harga pada carta USD/CAD, harga pada mulanya telah menampilkan corak kenaikan sehingga mencapai paras jangkaan iaitu pada rintangan 1.38000.

Namun, sebaik menyentuh ketinggian tersebut pada Khamis lalu, harga mula susut kembali dan alami penurunan lebih drastik pada Jumaat mengakhiri sesi-sesi akhir minggu itu.

Penurunan harga telah kembali menguji semula zon support pada 1.35000 dan pergerakan harga mendatar di sekitar tersebut pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Namun, pelabur sudah mula melihat kecenderungan perubahan trend bearish pada carta tersebut selepas harga telah bergerak semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan sekiranya harga bergerak ke bawah paras 1.35000 sebelum mensasarkan pula pada sekitar 1.34000 untuk catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Penurunan yang dilanjutkan untuk harga mengekalkan trend bearish berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras 1.33000.

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak semula dari zon support 1.35000, hentian awal harga dilihat pada sekitar zon 1.36300 terlebih dahulu sebelum dijangka akan memberi petunjuk kepada pelabur untuk pergerakan selanjutnya.

Kenaikan yang diteruskan kemudiannya bakal melepasi halangan MA50 dengan isyarat untuk perubahan trend harga sebelum paras rintangan 1.38000 akan menjadi sasaran semula.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat