USD/CAD Tunjukkan Isyarat Perubahan Trend Harga?

347

Pergerakan menurun harga pada carta pasangan matawang USD/CAD sejak 3 minggu lalu mula menunjukkan tanda-tanda perubahan trend harga.

Dagangan US dolar bakal mengukuh pada minggu ini setelah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan bahawa perjanjian perdagangan bersama China akan ditandatangani dalam masa terdekat.

Selain itu, data pertumbuhan ekonomi tahunan Amerika turut mencatatkan bacaan yang baik menunjukkan perkembangan positif buat ekonomi terbesar dunia itu.

Dolar Kanada pula mula terkesan selepas data jualan runcit Kanada pada bulan Oktober mencatakan kejatuhan yang ketara.

Selepas turun ke paras terendah 2 bulan hampir menyentuh paras 1.31000 minggu lalu, harga mula menunjukkan tanda-tanda kenaikan semula.

Pergerakan harga telah melepasi garisan trendline harga dan juga paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta USD/CAD.

Kenaikan harga pada Jumaat lalu mencapai paras 1.31800 sebelum harga turun menguji trendline dan MA50 semula pada penghujung sesi dagangan minggu lalu.

Harga menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini ke paras lebih tinggi dan dilihat mendatar di sekitar bawah paras harga 1.31600 sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah.

Jika jelas perubahan trend harga berlaku, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi semula dilihat menuju paras tumpuan pada 1.32000 yang merupakan antara zon SBR (support become resistance) utama pada carta USD/CAD.

Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai semula paras ketinggian pada zon SBR 1.32700.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support di sekitar paras 1.31000 akan diuji harga semula.

Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan mencatatkan paras terendah harga yang terbaru sejak dagangan Oktober lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat