USD/CAD Uji Zon Support Pada Paras Terendah Dagangan 2019, Harga Bakal Breakout?

524

Harga minyak dilaporkan sedikit menurun semalam menjadi faktor pergerakan mendatar dagangan dolar Kanada dalam pasaran.

Namun dipercayai harga minyak akan terus meningkat ekoran ketegangan yang melanda di Timur Tengah.

Media melaporkan bahawa Iran menawarkan ganjaran sehingga $80 juta untuk kepala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Terbaru, Iran dilaporkan sedang menilai 13 senario tindakan balas dendam yang akan memberikan mimpi buruk bersejarah terhadap Amerika Syarikat atas tindakan membunuh Jeneral Qasem Soleimani dalam serangan udara minggu lalu.

Dagangan US dolar kekal lemah sementara dolar Kanada dilihat cuba menekan harga pada carta pasangan USD/CAD pada awal minggu ini.

Penurunan harga masih menguji zon support sekitar 1.29600 pada minggu ini setelah harga mencatatkan paras terendah dagangan 2019 mencecah 1.29500 minggu lalu.

Harga masih bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat bahawa trend harga masih bearish.

Jika harga berjaya tembusi zon support 1.29600-1.29500, harga dijangka akan turun lebih rendah mencatatkan paras terendah terbaru.

Berkemungkinan penurunan menuju zon support pada dagangan Oktober 2018 mencecah paras 1.29000.

Sebaliknya jika sentimen AS-Iran kembali reda, harga bakal mempamerkan kenaikan semula menguji paras tumpuan pada 1.30200 dan juga zon SBR (support become resistance) pada 1.30500.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat