USD Cari Kekuatan Untuk Bangkit Semula!

903

US dolar mencari sokongan untuk meningkat pada sesi Eropah ketika pelabur kini menantikan penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat yang bakal menjadi penggerak matawang gergasi itu menjelang penutup dagangan minggu ini.

Ketika penulisan, indeks dolar didagangkan susut pada 93.94 berbanding kebanyakan matawang utama.

Pound sterling antara yang paling menyerlah pada sesi Eropah, di mana matawang itu menokok ke paras tertinggi tiga minggu pada 1.3732 berbanding US dolar.

Jualan runcit AS dijangka akan menunjukkan penurunan pada bulan September setelah mencatatkan peningkatan ketara pada bulan sebelumnya.

Di samping itu, pelabur juga berhati-hati dengan sentimen menjelang penutup dagangan hujung minggu untuk sebarang aktiviti pengambilan untung.

Dalam pada itu, keyakinan yang meningkat bahawa Bank Pusat England (BOE) akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini terus menyokong matawang itu, tetapi perkembangan mengenai pasca-Brexit sedikit menghambat pound dari naik lebih tinggi.

Dagangan matawang euro pula kekal stabil di atas harga 1.1600 berbanding dolar greenback menanti pemangkin seterusnya untuk memacu arah pergerakan lebih lanjut.

Sementara itu, matawang berkaitan komoditi pula sedikit merosot, tapi kekal menguat di sekitar paras ketinggian mingguan. Dolar Aussie didagangkan kukuh pada 0.7420 sementara kiwi pula diniagakan sekitar harga 0.7050 berbanding USD.

Dolar Kanada pula kukuh pada paras tertinggi 3 bulan dengan diperdagangkan pada 1.2347 berbanding greenback, disokong oleh harga minyak yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat