USD Cuba Bangkit, Pound Tergelincir Susulan Data Ekonomi UK

311

Mata wang pound merosot lebih rendah setelah menyaksikan penguncupan dalam pertumbuhan ekonomi Britain pada suku kedua walaupun bacaan yang dicatatkan lebih baik daripada dijangkakan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK dilaporkan merosot 0.1% dalam tempoh April hingga Jun berbanding pertumbuhan 0.8% yang dicatatkan pada suku pertama, melebihi jangkaan untuk merosot 0.2%.

Sementara secara asas bulanan pula, ekonomi menyusut 0.6% pada bulan Jun daripada 0.4% sebelumnya, lebih baik daripada jangkaan untuk menguncup 1.2%.

Ekoran daripada itu, dagangan pound susut lebih rendah pada sesi Eropah, mengurangkan keuntungan yang diraihnya daripada kejatuhan US dolar susulan data inflasi AS yang mengecewakan pda Rabu.

Sementara itu, US dolar kembali pulih, bangkit dari paras terendah 6 minggu berbanding kebanyakan mata wang utama.

Perhatian pelabur kini beralih pula pada terbitan data tinjauan sentimen pengguna Amerika Syarikat oleh University of Michigan yang akan memberi gambaran terhadap kestabilan kewangan pengguna di negara itu.

Walaupun USD meningkat, tetapi dagangan mata wang komoditi dolar Aussie, kiwi dan loonie masih mengekalkan keuntungan dengan diniagakan lebih kukuh pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat