USD Dah Menguat Semula, Ini Permulaan ‘Trend’ Penurunan EUR/USD?

645

Dagangan US dolar bergerak perlahan di awal minggu dengan bank di Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena Columbus Day.

Pelabur masih berpandangan optimis untuk perbincangan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi AS akan memberikan keputusan positif namun masih terdapat beberapa halangan dalam rundingan.

Memulakan dagangan pada Selasa, US dolar dilihat kembali pamer pengukuhan di sesi Asia berikutan terdapat laporan berkenaan penjualan senjata api oleh AS kepada Taiwan. Isu ini bakal meningkatkan kembali ketegangan di antara AS bersama China.

Risiko tersebut telah mendorong pengukuhan semula US dolar sebagai safe-haven namun pelabur akan menilai sama ada faktor tersebut akan memberi kesan yang berpanjangan atau sebaliknya.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga telah mencatatkan paras ketinggian pada 1.18320 pada penutupan dagangan minggu lalu.

Kenaikan harga gagal diteruskan dengan pergerakan harga mendatar pada permulaan dagangan minggu ini dengan penurunan menguji paras 1.18000 pada zon RBS (resistance become support) serta paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan di rangka masa 1 jam.

Pada dagangan sesi Asia pagi ini, harga menunjukkan penurunan dengan pengukuhan US dolar menekan kembali harga ke paras 1.18000 sebelum harga perlahan di sekitar zon tersebut.

Jika risiko terus meningkat dan menyokong nilai dagangan US dolar, harga bakal membuat penurunan semula di bawah zon RBS 1.18000-1.17800 sebelum menuju semula ke paras sekitar 1.17200.

Penurunan lebih rendah dilihat akan ke zon RBS sekitar 1.16800.

Namun jika harga kembali menyambung kenaikan yang dipamerkan pada minggu lalu, paras ketinggian 1.18320 akan cuba diatasi harga.

Destinasi kenaikan lebih tinggi dijangkakan sehingga ke paras tumpuan 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat