USD Disokong Oleh Data Ekonomi Yang Positif, Isu Itali Menekan Dagangan Euro

334

Dolar Amerika Syarikat kembali mencatatkan pengukuhan dan bergerak ke paras tertinggi dua minggu pada dagangan Jumaat disokong oleh data ekonomi semalam yang mengeluarkan bacaan yang positif serta didorong juga oleh faktor kenaikan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat.

Data perumahan yang positif serta laporan tuntuan pengangguran yang menurun memberi isyarat bahawa pasaran buruh semakin stabil untuk ekonomi terbesar dunia itu.

Dolar Euro pula kembali mengalami kejatuhan ke paras terendah lebih satu minggu dagangan pada Khamis berikutan kebimbangan pelabur terarah kepada pilihanraya parlimen Eropah pada minggu hadapan.

Selain itu, pelabur juga turut melihat isu Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini yang mengkritik undang-undang Kesatuan Eropah terhadap had bajet. Isu Itali menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi penurunan pada dagangan Euro.

Pound Sterling diniagakan di sekitar paras terendah empat bulan pada Khamis ekoran Perdana Menteri Britain, Theresa May sedang bergelut untuk mempertahankan perjanjian Brexit beliau dengan risiko Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah dengan membawa masalah.

Rundingan antara parti sebelum ini dilihat goyah dan tidak meyakinkan seterusnya membuatkan kepimpinan Theresa May terus tergugat.

Dagangan Yen dilihat perlahan dengan ketiadaan laporan terbaru mengenai perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China namun pelabur masih melihat risiko tetap ada.

Begitu juga dagangan Aussie yang sensitif terhadap sentimen pasaran semasa. Laporan data pekerjaan Australia yang lemah semalam menjadi faktor yang menekan dagangan Aussie dan juga peningkatan risiko bahawa bank pusat bakal menurunkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat