USD Dominasi Pasaran, Dorong EUR/USD Terus Jatuh Tersungkur

376

Matawang USD terus mengukuhkan kedudukan sebagai raja matawang berikutan masih tiada pemangkin lain yang boleh membuat pasaran beralih arah daripada kadar inflasi yang semakin tinggi.

USD terus mendominasi pasaran berbanding matawang Euro yang dilihat terikat kepada bank pusat Eropah yang sebelum ini menerapkan langkah untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Pelabur mungkin akan melihat bacaan awal data tinjauan perbelanjaan untuk mengukur kewangan semasa pengguna yang boleh mempengaruhi pergerakan USD menjelang penghujung minggu.

Memerhati kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga nampaknya terus membuat penurunan untuk sekali lagi merekod paras terendah terbaharu sejak Julai 2020 sekitar 1.14360.

Penurunan tersebut juga telah mengalami kejatuhan melebihi 250 pips daripada paras tertinggi 6 minggu yang pernah dicatatkan di zon rintangan 1.17000 pada penghujung dagangan Oktober.

Harga turut dilihat masih mengekalkan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi isyarat trend bearish masih diteruskan.

Momentum aksi terjunan berkemungkinan bakal sekali lagi membuat paras terendah terbaharu yang dijangka akan membuat penurunan untuk menguji zon sokongan pada 1.14000.

Yakni zon sokongan itu merupakan zon rintangan yang menjadi tumpuan pada dagangan Mac dan Jun pada 2020 sebelum berjaya dilepasi ketika Julai 2020 sehingga mencanak ke paras 1.23000.

Sekiranya pergerakan harga kembali memberi bayangan untuk membuat perubahan trend, pelabur mungkin akan menilai reaksi harga bakal capai semula ke zon SBR (support become resistance) 1.15000.

Yang mana zon SBR itu juga pernah dijadikan sebagai zon sokongan paling kukuh untuk ditembusi sebelum berupaya dirobek pada Rabu susulan penerbitan data inflasi AS yang memberangsangkan.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat