USD Hilang Tempat Bergantung Angkara Powell & China

365

Pertaruhan pelabur untuk menyaksikan dasar pengetatan oleh Federal Reserve (Fed) diperlahankan dan pembukaan semula sekatan di China akhirnya menjadi realiti.

Minggu lepas Presiden Fed, Jerome Powell mengeluarkan komen dovish tentang prospek kenaikan kadar faedah, melegakan kebimbangan pasaran tatkala ekonomi situasi global menggusarkan.

Ditambah pula dengan berita pelonggaran sekatan di China selepas tercetus protes besar-besaran yang menentang dasar sifar Covid pada minggu lalu juga telah memulihkan sentimen pasaran.

Ekoran daripada berita-berita positif itu, dolar AS telah mengalami penyusutan separuh daripada keuntungannya setakat tahun ini.

Meneliti laporan Bloomberg Dollar Spot Index, greenback mengurangkan keuntungan 2022 sebanyak 7% selepas memperolehi 16% pada awalnya ekoran kenaikan harga pengguna yang perlahan daripada jangkaan.

Indeks itu juga dilihat menyusut 0.4% pada dagangan Asia hari Isnin, mencapai paras terendah sejak 28 Jun sementara mata wang berisiko lain pamer corak kenaikan semula.

Penyusutan tersebut diramalkan berterusan untuk hari ke-5, iaitu penurunan berturut-turut paling lama sejak April 2021, dengan berita bandar Shanghai dan Hangzhou di China melonggarkan sekatan bermula hari ini.

Jelas Christopher Wong dari Overseas Chinese Banking Corp, pasaran mulai menunjukkan petanda risk-on ketika komen Fed dan pembukaan semula China mengesahkan pertukaran sentimen tersebut.

Dan menyentuh pula kepada laporan data pekerjaan AS yang baik pada Jumaat, Wong menyifatkan ia hanya berjaya membuat lantunan kecil sahaja pada dolar setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat