USD Jatuh Dengan Komoditi Penting Emas Dan Minyak Mentah Turut Tertekan

54

US dolar kekal stabil berbanding matawang utama yang lain pada Khamis selepas laporan data ekonomi yang mengecewakan pukul 9.30 malam tadi.

Jumlah dagangan dijangka semakin mengecil menjelang cuti umum perayaan Krismas minggu depan. Jabatan Buruh melaporkan pada Khamis bahawa tuntutan pengangguran bertambah minggu lalu berbanding bacaan yang lebih rendah sebelum itu.

Dalam data berasingan, bacaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada suku ketiga dikaji semula kepada 3.2% berbanding 3.3% sebelum ini.

Tidak banyak reaksi oleh US dolar selepas data pertumbuhan ekonomi dikeluarkan kecuali berbanding CAD dan AUD.

USD/CAD membuat penurunan terbanyak sehingga 100 pip sebentar tadi apabila data inflasi Kanada merekod kenaikan yang signfikan. Hal ini menambah tekanan kepada pasangan matawang USD/CAD.

Harga pengguna Kanada merekodkan bacaan 0.3% lebih daripada jangkaan 0.2%, sementara data jualan runcit juga menambah keyakinan terhadap ekonomi negara ini dengan kenaikan 0.8% jauh melebihi jangkaan 0.4%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain hampir tidak berubah pada Khamis. Indeks ini hanya merekod kenaikan 0.01% setakat pukul 10.43 malam.

Pasaran Komoditi

Harga emas kekal bergerak di bawah paras tertinggi 3 minggu lalu dengan kelemahan US dolar ketika ini. Harga emas di pasaran hadapan Comex setakat ini susut 0.03% kepada $1,269.20.

Harga minyak mentah dunia WTI (West Texas Intermediate) susut 0.69% kepada $57.69 setong dengan Brent susut 0.40% kepada $64.30 setong.

Terdapat laporan bahawa OPEC sedang memperhalusi strategi untuk menghentikan perjanjian pemotongan bekalan. Ini menunjukkan isyarat bahawa OPEC tidak lama lagi akan menghentikan pemotongan bekalan yang berpotensi menekan semula harga minyak mentah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat