USD Jatuh Lagi, ‘Pair’ Matawang Mana Menarik Untuk Trade?

786

US dolar jatuh menghampiri paras terendah tiga bulan ketika Federal Reserve (Fed) memberikan petunjuk untuk mengubah dasar pembelian bonnya dan data pekerjaan yang lebih lemah daripada dijangkakan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding matawang utama didagangkan susut pada 91.92 pada pembukaan sesi Asia.

Pembuat dasar Fed membahaskan pelbagai pilihan mengenai pembelian bon untuk menyokong pemulihan, termasuk meningkatkan kadar pembelian atau melaksanakan bon jangka panjang.

Sementara itu, jumlah tuntutan pengangguran AS terus mengecewakan pasaran dengan menunjukkan peningkatan pada minggu lalu, menimbulkan keresahan pelabur terhadap ekonomi AS.

Matawang berisiko terus meraih sokongan daripada sentimen positif pasaran yang dipengaruhi oleh keyakinan pelabur terhadap vaksin Covid-19 yang dijangka bakal tersedia akhir tahun ini.

Dagangan euro meneruskan kenaikan lebih tinggi di atas paras harga 1.19000 berbanding US dolar menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini.

ECB yang dijangka akan melonggarkan dasar monetarinya pada mesyuarat polisi bulan depan, mungkin akan mempengaruhi pergerakan matawang itu setelah pelabur melihat penjelasan lebih lanjut bank pusat dalam minit mesyuarat ini.

Selain itu, matawang pound sterling cuba mendekati paras harga 1.34000 berbanding USD walaupun terdapat berita kurang menyenangkan berhubung Brexit. ketua perunding EU, Michel Barnier mengancam untuk menarik diri dari meja rundingan jika UK tidak bersedia berkompromi mengenai isu-isu utama.

Sentimen positif pasaran turut menyokong dolar Aussie dan dolar kiwi juga terus didagangkan menguat pada awal sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat