USD/JPY Bakal Teruskan Kenaikan Sekitar 70 PIPS Lagi?

514

Matawang safe-haven Yen terus didagangkan lemah dalam pasaran berikutan terkesan oleh faktor fundamental di mana isyarat daripada bank pusat akan terus kekal dengan polisi monetari yang longgar.

Data ekonomi domestik yang dikeluarkan pada sesi pasaran Asia pagi ini menunjukkan kadar inflasi teras di Tokyo kekal di paras 1.1%. Data perbelanjaan serta data PMI perkilangan di Jepun turut mencatatkan bacaan yang positif.

Namun, laporan pada kadar pengangguran sedikit membimbangkan apabila menunjukkan angka yang meningkat berbanding jangkaan yang kekal di paras sebelumnya.

Sebaliknya pula berlaku pada rakan safe-havennya, matawang dolar USD. USD terus mencatatkan pengukuhan semalam berikutan data GDP (KDNK) Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam merekodkan bacaan yang positif apabila berjaya mengatasi jangkaan penurunan oleh pasaran.

Di samping itu juga, pengukuhan USD turut disokong oleh faktor sentimen pasaran semasa yang berisiko dengan pelbagai isu geopolitik kini menimbulkan kebimbangan terhadap para pelabur.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY semalam, harga yang membuat kenaikan kemudiannya telah berjaya menembusi paras resistance tumpuan di paras 111.200. Seterusnya, harga meneruskan lagi kenaikan menguji pula paras resistance pada Disember lalu yang berada di paras lebih tinggi iaitu pada 111.400.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat terus menyambung kenaikan dan menguji paras resistance 111.683 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Berkemungkinan harga bakal mencapai kenaikan sekitar 70 pips lebih tinggi ke paras zon resistance 112.300 atau paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, jangkaan harga akan kembali menguji paras tumpuan sekitar 110.700 berhampiran paras support MagicS1.

Lihat gambar chart USD/JPY di bawah untuk rujukan anda dan perhatikan juga paras tumpuan yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support: 110.850, 110.337, 110.017.

Paras resistance: 111.683, 112.003, 112.516.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat