USD/JPY ‘Berehat’ Sebentar Selepas Lonjakan NFP

202

US dolar gagal untuk mengekalkan pengukuhan selepas terbitan data NFP pada penghujung minggu lalu menyaksikan lonjakan hampir 300 pips sebelum harga bergerak mendatar pada sesi dagangan awal minggu di carta pasangan harga USD/JPY.

Pertambahan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi berbanding jangkaan pada bulan Julai, di samping kadar pengangguran yang menurun telah membuatkan raja mata wang tersebut melonjak di sesi akhir dagangan minggu lalu.

Tumpuan pelabur kini bakal terarah kepada terbitan data inflasi AS yang dijangkakan bakal menurun ke paras yang lebih rendah berbanding bulan Jun.

Selepas itu, pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) dijangkakan akan membuat kenaikan kadar faedah yang agresif buat kali ketiga pada mesyuarat FOMC yang terbaru untuk jangkaan kenaikan sebanyak 75 mata asas.

Sementara mata wang Yen pula dilihat masih lagi mengekalkan pergerakan yang suram dengan sentimen pasaran yang tidak menentu.

Perhatikan pergerakan harga pada carta USD/JPY, pada penutup dagangan minggu lalu, harga dilihat telah berjaya melonjak ke zon rintangan 135.000 selepas terbitan data pekerjaan NFP AS yang melonjakkan nilai US dolar.

Bersambung pada dagangan awal minggu, harga dilihat mendatar di zon rintangan 135.000 sepanjang dagangan Isnin semalam, namun masih paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY menahan harga daripada mengalami penurunan.

Berkemungkinan harga bakal menyambung kenaikan lebih tinggi dari zon 135.00 sekiranya US dolar berjaya mengukuh semula menjelang data inflasi AS.

Kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju ke zon rintangan pada 137.000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Manakala jika harga membuat penurunan semula dari zon 135.00, susut di bawah paras sokongan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bearish untuk jangkaan penyusutan harga yang lebih rendah.

Penurunan lanjut harga dilihat bakal ke paras sokongan pada 132.000 sebelum menyambung penurunan hingga ke paras terendah dicecah di awal Ogos sekitar 130.500.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat