USD/JPY Capai ¥150.00, Menanti ‘Intervention’ Oleh Jepun?

263

US dolar kembali paparkan pengukuhan semula pada Rabu semalam selepas memulakan dagangan awal minggu yang suram dengan sentimen pasaran yang tak menentu ketika tumpuan terarah pada laporan pendapatan korporat.

Pengukuhan raja mata wang itu tampaknya menambahkan lagi tekanan oleh dagangan Yen Jepun yang terperosok ke paras terendah 32 tahun.

Ketika US dolar menyusut di awal minggu dan memberi ruang untuk mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat, namun sebaliknya yang berlaku pada Yen apabila tetap gagal untuk memulih setelah papar prestasi merosot beberapa minggu ini.

Ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pelabur untuk jangkaan kebarangkalian bank pusat atau kerajaan Jepun akan bertindak untuk campur tangan dalam pasaran kewangan.

Pada 22 September lalu, pasaran telah dikejutkan dengan campur tangan kerajaan Jepun yang menyaksikan Yen kukuh semula berbanding US dolar. Namun situasi itu tidak bertahan lama apabila Yen kembali melemah semula pada dagangan minggu-minggu berikutnya.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga telah menjunam pada 22 September lalu dari paras 145.900.

Namun, 3 minggu kemudian, kenaikan harga telah berjaya melepasi paras ketinggian tersebut iaitu pada Rabu minggu lepas.

Corak kenaikan tersebut tetap diteruskan sehingga bersambung pada dagangan yang menuju ke penghujung minggu ini sementara kebimbangan terus menyelubungi pelabur.

Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY untuk isyarat pergerakan trend bullish.

Seperti yang dijangkakan penganalisis, paras tumpuan pada ketinggian 150.00 semakin hampir dicapai pada dagangan hari ini, namun tempo pergerakan harga dilihat perlahan.

Tidak mustahil untuk harga meneruskan pendakian lebih tinggi menembusi paras 150.00 untuk terus memburu rekod tertinggi terbaru sejak 1990.

Namun, waspada jika campur tangan Jepun berlaku lagi, harga boleh menjunam sehingga ke paras 147.00 atau paras tumpuan bulan lalu pada 145.900.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat