USD/JPY Catat Paras Terendah Terbaru Lagi Sejak Januari, Cecah Paras 106.800

242

Sentimen pasaran kekal berisiko sementara pelabur menantikan pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping dari China dalam persidangan kemuncak negara G20 di Jepun penghujung minggu ini.

Dengan itu, matawang safe-haven Yen lebih memanfaatkan situasi ini untuk mengukuh berbanding USD yang kekal lemah sejak minggu lalu selepas intonasi dovish oleh bank pusat Fed pada mesyuarat FOMC.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY dilihat terus mencatatkan penurunan menyambung momentum penurunan sejak minggu lalu ditambah lagi dengan risiko ketegangan geopolitik antara Washington dan Tehran.

Harga dilihat lebih mendatar pada dagangan semalam berlegar di sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Namun, dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini dilihat mula meneruskan kembali momentum penurunan minggu lalu apabila harga dibuka rendah dari paras Magic Pivot 107.355 hari ini membuat penurunan ke paras terendah yang baru melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Harga mencapai paras terendah baru pada support 106.800 sebelum kembali pantul membuat kenaikan semula menuju ke paras support MagicS1 sehingga bersambug dagangan pada sesi Eropah hari ini.

Terlihat kenaikan harga menguji zon SBR (support become resistance) di sekitar paras support MagicS2. Jika harga meneruskan semula, paras Magic Pivot hari ini akan diuji harga untuk ke paras lebih tinggi.

Sebarang perkembangan positif menjelang rundingan dagang akan kembali melonjakkan harga berkemungkinan melepasi paras resistance pada indicator Moshed Magic Line hari ini sebelum menuju ke paras 107.900 untuk menguji zon SBR tumpuan sebelum ini.

Namun, berkemungkinan harga akan kembali turun semula dan cuba mengatasi paras terendah yang dicecah hari ini dan meneruskan penurunan ke paras terendah yang baru sejak dagangan Januari lalu.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 107.178, 107.067, 106.890.

Paras resistance: 107.466, 107.643, 107.754.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat