USD/JPY Hampir Capai Rekod Tertinggi Harga Sejak 2015!

251

Pengukuhan US dolar terus menerajui kumpulan mata wang safe-haven dengan pergerakan Yen pada awal minggu ini kekal suram.

Komen oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada acara persidangan ekonomi tahunan semalam kekal dinilai bernada hawkish bagi huraian keputusan kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC minggu lalu.

US dolar turut disokong oleh faktor lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang mencapai paras ketinggian baru sekitar 2.30%.

Situasi ini terus mengekalkan corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY yang meneruskan pendakian pada dagangan awal minggu ini.

Yen juga dijangkakan untuk bergerak lemah selepas bank pusat Jepun mengekalkan corak polisi longgar pada mesyuarat penghujung minggu lalu.

Pergerakan harga pada Isnin semalam sedikit mendatar, namun lebih agresif pada dagangan yang bersambung sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan lonjakan ke paras 120.00.

Kenaikan tidak terhenti di situ apabila harga menyambung lonjakan sehingga memasuki awal sesi Eropah mencapai paras 120.500 yang menjadi tumpuan penganalisis pasaran sebelum ini.

Pergerakan harga masih dilihat bergerak dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY.

Dengan momentum yang dipaparkan, pelabur boleh mengandaikan harga masih belum berhenti untuk meneruskan kenaikan dan mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran untuk kenaikan yang diteruskan harga selanjutnya adalah pada ketinggian 121.500 yang menjadi paras rintangan pada dagangan Januari 2016.

Jika kenaikan harga melepasi paras 121.500 tersebut, harga bakal merekodkan ketinggian terbaru 7 tahun, tertinggi sejak 2015.

Namun, waspada sekiranya harga mula menunjukkan kejatuhan semula berkemungkinan US dolar mula kehilangan momentum pengukuhan.

Sasaran zon bagi penurunan harga adalah dilihat pada 118.00 sebelum menyambung penurunan lebih rendah menuju sekitar 116.300.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat