USD/JPY Kembali Membuat Penurunan Setelah Gagal Lepasi Paras 110.700

476

Matawang USD yang kembali mengukuh pada dagangan semalam cuba untuk melonjakkan harga pada pasangan matawang USD/JPY namun harga gagal melepasi paras resistance pada 110.700 yang turut diuji pada hari sebelumnya.

Yen pula didagangkan paling kukuh semalam telah kembali menekan harga pada dagangan USD/JPY sehingga cuba melepasi penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot semalam. Harga kemudiannya bergerak mendatar di sekitar paras tersebut sehingga sesi dagangan New York ditutup.

Tumpuan pasaran yang bakal beralih kepada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China turut akan memberi kesan terhadap dagangan semasa pada USD/JPY.

Matawang berstatus safe-haven bakal dipengaruhi oleh sentimen pasaran semasa yang dipengaruhi oleh perkembangan rundingan antara dua ekonomi gergasi dunia itu. Sebarang keputusan yang kurang menyenangkan bakal merisiko pasaran namun memberi kelebihan terhadap permintaan Yen yang bakal meningkat tinggi.

Dilihat pergerakan semasa harga pada USD/JPY untuk sesi pasaran Asia hari ini, harga menunjukkan penurunan sejak permulaan sesi dan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 110.462 hari ini sehingga ke paras support 110.211 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line.

Penurunan harga dilihat bakal menuju ke paras tumpuan sekitar 110.000 berhampiran paras support MagicS2 dan jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, zon support sekitar 109.731 (MagicS3) yang telah dicecah sebelum ini akan kembali diuji semula dengan mencatatkan pertambahan sekitar 50 pips lagi pergerakan harga.

Namun jika harga kembali melonjak semula, harga bakal menguji paras resistance 110.691 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang gagal ditembusi harga sejak diuji dua hari yang lalu.

Kenaikan lebih tinggi harga seterusnya dijangka akan menuju ke paras zon SBR (support become resistance) pada 111.200 juga berhampiran paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini dan mampu mencatatkan sekitar 100 pips kenaikan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang menggariskan antara paras yang menjadi tumpuan harga.

Paras support: 110.211, 109.982, 109.731.

Paras resistance: 110.691, 110.942, 111.171.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat