USD/JPY Kembali Menunjukkan Penurunan Selepas Siri Kenaikan Harga Sejak Minggu Lalu

466

Pergerakan harga pada pasangan matawang safe-haven USD/JPY kembali menunjukkan penurunan selepas corak pergerakan menaik harga sejak minggu lalu.

USD kembali didagangkan melemah ekoran faktor data domestik selain risiko ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China masih berterusan.

Kadar jualan rumah baru di Amerika Syarikat mencatatkan bacaan yang menurun dan lebih rendah berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran. Ini mendorong penurunan pada nilai matawang USD pada dagangan penghujung minggu ini.

Yen masih digerakkan oleh sentimen pasaran yang berisiko dan memberi kelebihan terhadap dagangan matawang safe-haven tersebut. Rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China dijangka akan bersambung dalam tempoh sekurang-kurangnya sekitar sebulan lagi.

Harga pada USD/JPY yang didagangkan di bawah paras Magic Pivot semalam membuat penurunan sehingga 90 pips sehingga ke paras tumpuan sekitar 109.500 sebelum pergerakan harga perlahan dan menutup dagangan sesi New York di paras sekitarnya.

Dagangan yang bersambung pada hari ini melihatkan harga cuba membuat sedikit kenaikan ke paras Magic Pivot 109.809 hari ini namun sebelum mencapai ke paras tersebut, harga kemudian dilihat kembali membuat penurunan semula.

Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah dari paras 109.500 semalam, harga dijangka akan menuju ke paras 109.150 melepasi paras support 109.251 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk harga menguji zon support terendah pada tahun ini.

Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan menyaksikan harga mencatatkan paras terendah yang baru tahun ini berkemungkinan ke sekitar support 108.902 (MagicS2) atau lebih rendah lagi ke paras 108.344 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras awal yang dijangka akan diuji adalah pada 110.00 dan juga resistance pada 110.158 (MagicR1).

Kenaikan lebih tinggi bakal melihatkan harga kembali menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu ini hampir mencecah paras 110.700.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 109.251, 108.902, 108.344.

Paras resistance: 110.158, 110.716, 111.065.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat