USD/JPY Lebih ‘Bearish’ Selepas Keputusan Mesyuarat FOMC

181

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY menunjukkan penurunan yang ketara selepas mesyuarat FOMC awal pagi ini mengakhiri corak kenaikan harga yang dipaparkan sebelum ini.

Berbeza berbanding jangkaan pelabur untuk menyaksikan lonjakan harga selepas Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk menaikkan kadar faedah, US dolar sebaliknya mengalami penyusutan nilai berkemungkinan reaksi terhadap ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell yang positif melihat ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak menuju ke arah kemelesetan telah meredakan sentimen berisiko pasaran sebelum ini.

Justeru, harga pada carta USD/JPY yang berlegar di paras ketinggian 137.400 kemudiannya telah menjunam semula di bawah 137.00 dan penurunan tersebut terus bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan momentum yang dikekalkan.

Petunjuk bearish lebih jelas dinilai pelabur susulan harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.

Penurunan harga hampir menyentuh paras sokongan pada 135.00 namun harga mula perlahan di atas zon tersebut pada dagangan yang bersambung di awal sesi Eropah petang ini.

Walaupun penurunan harga akan dijangkakan ekoran corak bearish yang dipamerkan itu, namun penganalisis tidak menolak situasi lonjakan semula sekiranya US dolar mula mengukuh semula didorong faktor kenaikan kadar faedah oleh Fed.

Untuk jangkaan penurunan harga yang diteruskan, harga yang susut di bawah paras sokongan 135.00 seterusnya bakal menuju ke paras tumpuan berikutnya pada sasaran 132.00.

Mencecah paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 6 minggu.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula dari zon 135.00, zon rintangan pada 137.00 masih akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Melepasi halangan MA50 juga akan memberi isyarat awal perubahan trend bullish semula dan harga berpotensi bergerak lebih tinggi melepasi zon 137.00.

Sasaran untuk kenaikan seterusnya adalah untuk mencapai semula paras rintangan 139.300 yang diuji pada pertengahan Julai lalu yang merupakan rekod tertinggi harga sejak tahun 1998.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat