USD/JPY Lengkapkan Penurunan 3 Minggu Berturut-turut

271

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY kekal pamerkan corak penurunan harga untuk minggu ketiga berturut-turut dengan penyusutan oleh US dolar berbanding Yen.

Ucapan Gabenor bank pusat Jepun, Haruhiko Kuroda di parlimen pada Jumaat menyatakan ekonomi Jepun berkembang baik dengan pelonggaran polisi yang lebih agresif oleh bank pusat. Beliau juga memaklumkan masih awal untuk mengubah polisi semasa yang dilihat menyokong pemulihan ekonomi.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga memberitahu pada Mac bahawa kerajaannya mensasarkan kadar upah di Jepun lebih tinggi. Beliau percaya peningkatan pendapatan rakyat akan menyokong isi rumah yang terkesan dengan pandemik.

Setelah 3 minggu, Yen dilihat berjaya bergerak lebih baik berbanding US dolar dengan penurunan harga dipaparkan pada carta USD/JPY.

Selepas mencapai kenaikan ke paras tertinggi sekitar 111.00 di penghujung Mac, harga telah susut berterusan lebih 300 pips setakat minggu ini.

Dagangan USD/JPY pada Rabu dan Khamis dilihat menguji rintangan 108.20 namun sukar untuk tembusinya dan berlegar rendah sekitar paras 107.80.

Penurunan yang diteruskan akan terus mendorong harga mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga turut memberi isyarat untuk harga terus bergerak dalam trend bearish. Namun, pergerakan harga semakin perlahan menuju penghujung minggu.

Sekiranya kenaikan harga kembali tembusi zon harga 108.200-108.500 akan memberikan isyarat untuk trend bullish semula.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju sehingga zon tumpuan pada 110.00.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat