USD/JPY Melonjak Rekodkan Paras Tertinggi Terbaru 1 Tahun!

341

US dolar terus mengekalkan pengukuhan pada minggu ini dengan sentimen pasaran yang masih berisiko kekal memberi kelebihan terhadap mata wang safe-haven.

Namun, Yen gagal bergerak kukuh berbanding US dolar berikutan kenyataan pasif oleh Gabenor bank pusat Jepun, Haruhiko Kuroda berkenaan kesihatan ekonomi Jepun.

Impak krisis Covid-19 terhadap ekonomi Jepun dilihat berterusan untuk tempoh yang lebih panjang dan Bank of Japan (BOJ) bersedia untuk meningkatkan pelonggaran polisi jika diperlukan.

US dolar berjaya melonjak ke paras tertinggi 1 tahun berbanding Yen seperti yang dipaparkan pada pergerakan harga di carta pasangan USD/JPY.

Pergerakan harga sebelum ini dilihat mendatar sebelum harga pamerkan corak kenaikan pada dagangan minggu lalu.

Harga telah membuat kenaikan dari paras support 108.500 sehingga ke paras ketinggian sekitar 109.850 untuk mencatatkan paras tertinggi 9 minggu.

Bersambung pada dagangan minggu ini, harga menyambung kenaikan dari paras 109.400 sehingga menguji paras rintangan 110.00 pada sesi Asia pagi ini.

Pada sesi Eropah, harga telah melonjak lebih tinggi melepasi rintangan tersebut berikutan pengukuhan US dolar yang berterusan dengan lonjakan hasil perbendaharaan AS ke paras tertinggi terbaru.

Kenaikan yang diteruskan dijangka menuju ke paras sekitar 111.00 untuk merekodkan paras ketinggian terbaru lagi pada minggu ini.

Namun jika harga membuat penurunan semula di bawah paras 110.00, paras 109.400 akan kekal menjadi paras sokongan harga.

Penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan memberi isyarat untuk permulaan trend bearish.

Untuk trend bearish, harga dijangka akan kembali menguji semula zon support 108.500 yang diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat