USD/JPY Melonjak Susulan Minit Mesyuarat Dasar Monetari BOJ Dikeluarkan Pada Sesi Asia

523

Matawang safe-haven Yen pada sesi pasaran Asia hari ini turut mencatatkan kejatuhan nilai selepas minit mesyuarat dasar monetari pada Januari lalu dikeluarkan pada awal pagi tadi.

Ahli Lembaga bank pusat Jepun secara majoriti masih bersetuju untuk mengekalkan program ransangan sedia ada untuk menjamin kestabilan ekonomi. Adalah terlalu tergesa-gesa untuk membuat sebarang keputusan dalam keadaan yang tidak menentu dan boleh menjurus kepada ketidaseimbangan kewangan dan ekonomi semasa.

Dapat dilihat kelemahan pada Yen melonjakkan harga berbanding USD yang masih didagangkan berjaga-jaga pada chart pasangan matawang USD/JPY.

Kejatuhan ketara pada nilai matawang Yen menyokong kenaikan harga pada USD/JPY sehingga harag bergerak melepasi paras resistance MagicR1 dan mencecah paras ketinggian pada resistance 111.660 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Corak pergerakan harga mula menunjukkan kenaikan setelah bergerak menurun sejak penghujung dagangan minggu lalu dari paras ketinggian sekitar 111.900.

Dagangan USD/JPY semalam melihatkan harga menguji paras support 111.200 beberapa kali namun gagal turun ke paras lebih rendah sebelum membuat kenaikan bersambung sehingga dagangan Asia pagi ini.

Jika harga meneruskan momentum lonjakan pagi tadi, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras sekitar 111.900 atau resistance 112.000 menyambung 40 pips lagi pergerakan harga.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support 111.200 akan kembali diuji yang berada berhampiran paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras support dan resistance yang terbaik.

Paras support: 111.207, 111.020, 110.887.

Paras resistance: 111.527, 111.660, 111.847.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat