USD/JPY Mencanak 130 Pips, Catat Paras Tertinggi 3 Tahun!

398

US dolar berjaya mencatatkan paras tertinggi 3 tahun berbanding Yen ekoran jangkaan kenaikan harga tenaga bakal mendorong Jepun meningkatkan permintaan untuk US dolar.

Pergerakan suram Yen terus diberi tekanan oleh pengukuhan US dolar pada dagangan awal minggu ini sementara pelabur juga tetap berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga dilihat telah menyambung lonjakan pada pembukaan dagangan awal minggu ini selepas kenaikan pada penghujung minggu lalu berjaya melepasi paras rintangan 112.00.

Lonjakan ketara harga pada Isnin semalam telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 130 pips mencapai paras ketinggian 113.400.

Harga masih positif bergerak dalam trend bullish sejak minggu lalu meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun selepas lonjakan bertenaga harga semalam, momentum kenaikan mula pudar dengan pergerakan mendatar harga pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dan harga pamerkan tanda-tanda penurunan pada awal sesi Eropah.

Dengan lonjakan harga semalam, penganalisis melihat kenaikan harga bakal diteruskan untuk harga menuju ke paras ketinggian 114.00.

Paras tersebut merupakan zon rintangan harga yang kali terakhir diuji pada dagangan November 2018 yang lalu.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, paras 112.00 bakal diuji semula membentuk zon RBS (resistance become support) yang terbaru.

Penurunan yang melepasi sokongan MA50 juga akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat