USD/JPY Mendatar Sebelum Pergerakan Harga Dijangka Volatile Menjelang Mesyuarat FOMC

386

Pasangan matawang safe-haven USD/JPY masih lagi dilihat bergerak mendatar sejak dagangan minggu lalu. Pelabur memilih untuk lebih berhati-hati pada dagangan minggu ini sementara menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dan juga mesyuarat polisi bank pusat Jepun pada hari yang sama.

Dagangan USD terus bergerak lemah namun berjaya melonjak semalam berikutan terkesan oleh komen dovish oleh Gabenor bank pusat Eropah, Mario Draghi berhubung pelonggaran polisi monetari yang menyaksikan penurunan ketara dagangan Euro.

Pasaran menjangkakan kadar faedah akan masih dikekalkan oleh Fed untuk mesyuarat kali ini namun lebih terbuka untuk tindakan penurunan kadar untuk mesyuarat seterusnya pada bulan Julai nanti.

Dagangan USD juga telah dilihat menurun dengan pasaran sudah pun menyerap harga dengan jangkaan penurunan kadar oleh bank pusat. Namun harga mampu mencatatkan penurunan lebih rendah jika kejutan lebih dovish pada mesyuarat FOMC awal pagi nanti. Komen susulan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell akan menjadi fokus pelabur untuk mendapatkan petunjuk terhadap gambaran ekonomi dan harga.

Bank of Japan (BOJ) juga akan turut mengeluarkan keputusan penetapan kadar faedah pada mesyuarat polisi pada hari yang sama. BOJ menyatakan bahawa mereka perlu mengekalkan polisi pelonggaran yang berterusan.

Ia akan mengambil lebih banyak masa untuk mencapai sasaran harga namun bank pusat harus bersabar dan mengekalkan polisi monetari yang longgar. Kadar faedah bakal dikekalkan di paras yang rendah pada -0.10%.

Pergerakan harga pada USD/JPY semalam melonjak seketika mencecah paras ketinggian pada resistance MagicR1 selepas penurunan sejak awal sesi Asia semalam melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line.

Paras ketinggian dua minggu tersebut masih gagal ditembusi harga sejak penurunan pada penghujung Mei lalu.

Bersambung pada sesi dagangan hari ini, harga dilihat membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 108.391 dan menguji zon support pada sekitar 108.200 sehingga awal sesi pasaran Eropah.

Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menguji paras support pada 107.900 yang diuji harga beberapa kali pada awal dagangan Jun.

Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, penurunan harga dilihat akan mencecah ke paras support sekitar 107.495 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon resistance 108.700 akan diuji semula untuk harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Kenaikan harga dari paras Magic Pivot hari ini mampu mencecah sekitar 100 pips pergerakan harga jika harga berjaya melonjak ke paras tumpuan pada resistance 109.337 (MagicR3).

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 108.109, 107.777, 107.495.

Paras resistance: 108.723, 109.005, 109.337.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat