USD/JPY Pamer Penurunan Selepas Gagal Lepasi Resistance 109.700

281

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY memberikan isyarat peningkatan risiko sentimen pasaran dengan penyusutan pada dagangan US dolar sementara matawang safe-haven Yen lebih mengukuh.

Pada pergerakan semalam, harga bergerak mendatar pada sesi Asia selepas mesyuarat dasar monetari bank pusat Jepun mengekalkan kadar faedah yang rendah di paras -0.10% dan harga terus perlahan pada sesi Eropah.

Namun, penurunan harga dipamerkan pada sesi New York semalam ke paras 109.200 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut namun harga gagal turun ke paras lebih rendah sebelum pantul semula.

Bersambung pada dagangan hari ini, sesi Asia menyaksikan harga bergerak perlahan dan masih berada di bawah garisan halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga. Ini masih memberikan isyarat trend bearish pada carta USD/JPY.

Data pertumbuhan GDP suku ketiga, perbelanjaan pengguna serta sentimen keyakinan pengguna Amerika Syarikat akan mempengaruhi dagangan US dolar pada sesi New York malam nanti.

Kenaikan harga dilihat akan menguji paras 109.500 sebelum menuju zon resistance pada ketinggian 109.700 sebelum ini. Paras tersebut telah diuji beberapa kali sejak dagangan minggu lalu.

Namun jika harga meneruskan penurunan semalam, harga bakal menembusi zon RBS 109.200 yang menjadi paras terendah harian semalam sebelum harga menuju ke paras tumpuan 109.000.

Paras 109.000 merupakan zon RBS dan menjadi paras penting bagi dagangan Disember. Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan memberi isyarat lebih jelas trend bearish harga.

Harga mampu mencecah ke paras support 108.500 jika momentum penurunan harga berjaya dikekalkan pada minggu berikutnya.

Pelabur akan menantikan perkembangan lanjut perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang akan memacu pergerakan harga bagi US dolar dan Yen.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat