USD/JPY Pamer Perubahan Trend Penurunan Harga Minggu Ini

392

Perubahan trend harga disaksikan pelabur pada carta pasangan mata wang USD/JPY apabila corak kenaikan harga gagal dikekalkan pada dagangan awal Januari 2022.

Pelabur kekal memantau sentimen pasaran semasa yang terus mempengaruhi pergerakan bagi kedua-dua mata wang safe-haven US dolar dan Yen.

Jika diperhatikan sebelum ini, harga telah bergerak kukuh sehingga mencapai paras tertinggi 5 tahun pada dagangan penghujung tahun 2021 sehingga bersambung pada minggu pertama pembukaan dagangan tahun 2022.

Namun, harga mula memperlihatkan corak yang lebih menurun selepas paras ketinggian dicapai pada 116.300.

Pada mulanya penganalisis melihat berlaku pembetulan harga (correction) pada minggu lalu, namun penurunan lebih rendah berlaku memberi isyarat untuk trend bearish bakal bermula.

Harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sejak penghujung minggu lalu dan bersambung ke minggu ini.

Minggu ini menyaksikan harga menjunam lebih parah susulan faktor penyusutan US dolar dalam pasaran dan menamatkan cubaan harga untuk mengekalkan trend bullish sebelum ini.

Pada dagangan Khamis semalam, harga membuat penurunan sehingga ke paras 114.00, dan bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat), penurunan kekal berlanjutan sehingga ke paras sekitar 113.650 setakat sesi Eropah.

Penurunan harga bakal dijangkakan menuju sehingga ke paras sokongan 113.300 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat