USD/JPY Pecah Rekod Lagi, Capai Harga Tertinggi Sejak Ogos 2015!

281

Yen terus menyambung penyusutan pada awal pembukaan dagangan minggu ini susulan tindakan bank pusat Jepun (BOJ) menawarkan untuk pembelian tanpa had bon 10-tahun kerajaan Jepun dengan kadar 0.25%, selepas hasil bon meningkat ke paras tertinggi 6 tahun.

Penyusutan Yen terus memberi ruang untuk US dolar kekal mendahului dalam kelompok dagangan mata wang safe-haven bersambung pada minggu yang baru ini.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga telah berjaya mengekalkan corak pergerakan trend bullish memasuki minggu keempat.

Lonjakan harga yang bermula dari zon support 114.700 telah melepasi paras 122.00 pada penghujung sesi dagangan minggu lalu sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru 7 tahun mengatasi ketinggian harga pada Januari 2016.

Lonjakan harga tampaknya tidak terhenti setakat itu susulan harga meneruskan lagi kenaikan pada pembukaan sesi Asia pagi ini melepasi paras 123.00.

Harga kekal bergerak dalam trend bullish disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY.

Kenaikan diteruskan pada awal sesi Eropah mencapai paras ketinggian 123.800 mengatasi zon rintangan harga pada dagangan November dan Disember 2015.

Kenaikan harga dilihat bakal diteruskan lagi berkemungkinan bersambung pada sesi berikutnya dengan jangkaan untuk menuju ke paras ketinggian pada 125.800.

Ketinggian tersebut merupakan zon rintangan yang pernah diuji pada dagangan Ogos 2015 yang lalu dan merupakan zon tertinggi dicapai selepas tahun 2002.

Untuk jangkaan penurunan harga pula, paras sekitar 121.500 dilihat akan menjadi paras sokongan awal untuk diuji harga.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula paras 120.500 sebelum sasaran paras seterusnya adalah sekitar 118.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat