USD/JPY Tembus Ke Paras Tertinggi Terbaru Lagi!

648

Pasaran masih menantikan perkembangan perbincangan mengenai pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi sentimen dagangan minggu ini selepas keputusan mengejut Presiden Donald Trump untuk menghentikan perbincangan tersebut.

Matawang US dolar kekal bergerak lemah sejak semalam susulan kenyataan terbaru oleh Trump yang mendesak agak bantuan untuk sektor penerbangan dan perniagaan kecil diluluskan. Hal tersebut kembali memulihkan sentimen yang berisiko sebelumnya.

Matawang safe-haven buat masa ini masih didagangkan perlahan khususnya US dolar dan Yen Jepun. Secara perbandingan, Yen lebih lemah berbanding US dolar seperti kenaikan harga yang dipamerkan pada carta USD/JPY.

Ekonomi Jepun masih lagi bergelut untuk menuju ke arah pemulihan selepas pandemic melanda. Gabenor bank pusat, Haruhiko Kuroda mengatakan beliau sedang menilai impak pandemik dan akan meningkatkan pelonggaran dasar polisi jika diperlukan.

Walaupun US dolar bergerak lemah, harga pada carta USD/JPY telah berjaya membuat kenaikan melepasi resistance 105.800 dan mencapai paras ketinggian 106.100 semalam.

Paras tersebut juga mencatatkan paras tertinggi untuk daggangan 3 minggu dengan jangkaan kenaikan akan masih diteruskan.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga turut memberikan isyarat trend kekal bullish.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pada ini selepas mendatar pada sesi sebelumnya dengan bergerak di bawah paras ketinggian yang dicapai semalam.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan akan menuju paras 106.500 yang merupakan paras resistance diuji pada dagangan awal September lalu.

Namun, jika berlaku penurunan harga, paras 105.800 akan kembali menjadi tumpuan semula dengan membentuk zon RBS (resistance become support) ayng baru.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat