USD/JPY Terus Naik Lebih Tinggi, Catat Paras Ketinggian Terbaru Lagi!

452

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi berikutan pengukuhan pada dagangan dolar USD.

Dolar USD kukuh didorong oleh data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bulan Disember yang meningkat bagi bulan ketiga berturut-turut.

Di samping itu juga, matawang safe-haven Yen Jepun diniagakan lemah ekoran sentimen pasaran yang semakin pulih selepas perjanjian perdagangan AS-China selesai ditandatangani awal pagi semalam.

Dagangan pada sesi pasaran Asia hari melihatkan harga pada carta USD/JPY mencatatkan paras ketinggian terbaru mingguan mencapai paras ketinggian sekitar 110.300 selepas menembusi ketinggian 109.700 pada awal minggu.

Paras ketinggian yang dicapai tersebut merupakan paras tertinggi terbaru bagi dagangan USD/JPY sejak Mei 2019.

Harga yang bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) masih menunjukkan trend pergerakan harga masih bullish.

Kenaikan harga berkemungkinan akan mencapai paras ketinggian terbaru jika momentum pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan.

Sebaliknya jika sentimen pasaran kembali berisiko, harga bakal membuat penurunan semula bergerak lebih rendah di bawah paras MA50.

Penurunan dilihat akan kembali menguji paras 109.700 yang merupakan zon RBS (resistance become support) terhampir sebelum penurunan lebih rendah diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat