USD/JPY Uji Zon Support Pada 108.300, Berjayakah Harga Turun Lebih Rendah?

343

Seperti analisis yang telah dikongsikan pada Rabu, pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY kekal didagangkan menurun digerakkan oleh sentimen pasaran semasa.

Rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China dilihat goyah dengan beberapa faktor yang mengancam bagi dua ekonomi gergasi dunia itu menuju kesepakatan perjanjian.

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa perjanjian fasa pertama berkemungkinan tidak akan ditandatangani pada tahun ini dan akan berlanjutan pada tahun hadapan.

Sentimen berisiko pasaran memberikan kelebihan buat dagangan safe-haven Yen utnuk memberi tekanan terhadap dolar USD.

Melihat pergerakan harga pada carta USD/JPY semalam, harga yang membuat kenaikan menguji zon penting sekitar paras 108.700 kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini.

Penurunan harga telah mencecah paras support pada 108.300 menguji kembali paras terendah harga yang dicecah pada minggu lalu.

Namun harga kembali menunjukkan kenaikan semula menguji zon SBR (support become resistance) pada paras harga 108.600 namun gagal mengekalkan momentum pengukuhan.

Pada sesi Eropah, harga dilihat mula menunjukkan tanda-tanda penurunan semula berkemungkinan akan menguji semula zon support 108.300 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon support pada 107.900 yang diuji pada dagangan penghujung Oktober yang lalu.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan, paras tumpuan 109.000 yang berada pada zon SBR akan menjadi destinasi kenaikan harga seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat