USD Kekal Kukuh Sementara Pasaran Pula Sedang Menantikan Keputusan Mesyuarat Polisi RBA

514

Matawang dolar USD pada permulaan dagangan semalam dilihat agak goyah dengan kritikan terbaru Presiden Donald Trump dan juga faktor perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dijangka semakin menghampiri persetujuan rundingan untuk dua ekonomi gergasi dunia tersebut.

Namun, dolar USD berjaya mengekalkan semula pengukuhan nilai matawangnya pada sesi Eropah bersambung sesi pasaran New York semalam. Pengukuhan terus bertahan walaupun data domestik menunjukkan kejatuhan pada perbelanjaan pembinaan untuk bulan Disember di Amerika Syarikat menguatkan lagi jangkaan bahawa ekonomi Amerika semakin kehilangan momentum sejak penghujung 2018 lalu.

USD masih berjaya mencatatkan peningkatan untuk hari keempat berturut-turut disokong oleh kenaikan pada hasil pulangan bon 10-tahun yang mencapai paras tertinggi satu bulan pada minggu lalu.

Pound Sterling menunjukkan penurunan pada dagangan Isnin selepas peguam tertinggi Perdana Menteri Britain, Theresa May cuba untuk mendapatkan kerjasama Brexit bersama Kesatuan Eropah pada saat akhir untuk memenangi tentangan para penggubal undang-undang British yang membangkang.

GBP sebelum ini telah mencatatkan peningkatan selepas para penggubal undang-undang pro-Brexit yang mahu memberi sokongan terhadap PM May, sekaligus meningkatkan lagi peluang beliau untuk mendapatkan kelulusan di Parlimen.

Matawang Euro pula masih didagangkan berisiko menjelang penetapan kadar faedah pada mesyuarat polisi oleh bank pusat Eropah pada minggu ini. European Central Bank (ECB) berdepan tekanan pada pertumbuhan ekonomi dan perlu menyusun langkah untuk melindungi ekonomi zon Eropah daripada terus merosot.

Sentimen pasaran yang kembali dilihat berisiko memberi kelebihan semula kepada matawang safe-haven Yen. Yen turut berjaya mengukuh berbanding USD dan matawang utama yang lain berikutan kejatuhan pada indeks utama pasaran Wall Street semalam.

Matawang komoditi dolar AUD masih didagangkan mendatar sementara menunggu keputusan rundingan dagang AS-China. Di samping itu juga, tumpuan pasaran sekarang ini turut terarah kepada mesyuarat polisi bank pusat Australia untuk penetapan kadar sebentar lagi jam 11.30 pagi dan dijangka kadar faedah akan dikekalkan di paras 1.50%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat