USD Kekal Kukuh, Sterling Berisiko Setelah Boris Johson Diumumkan Sebagai Pemimpin Britain Terbaru

443

Sentimen pasaran yang positif pada sesi New York semalam telah mendorong dagangan dolar Amerika Syarikat kekal kukuh dan turut membantu peningkatan pada saham-saham Amerika.

Namun, pasaran pada hari ini memasuki suasana yang agak berisiko diikuti laporan yang mengesahkan bahawa pegawai-pegawai perunding Amerika Syarikat sedang bersiap sedia untuk berkunjung ke China pada Isnin minggu hadapan untuk urusan rundingan dagang.

Untuk data ekonomi, bacaan bagi kadar jualan rumah sedia ada di Amerika Syarikat menurun 1.7% kepada angka 5.27M kadar tahunan. Walaupun terdapat kejatuhan, penganalisis dari Wells Fargo melihat jualan masih kekal stabil dengan menekankan pada kadar gadaian yang rendah akan meningkatan kadar jualan semula untuk tempoh baki tahun ini.

Seterusnya, data jualan rumah baru di Amerika Syarikat pula akan dikeluarkan pada sesi New York hari ini dengan jangkaan angka yang meningkat oleh pasaran sebelum ini.

Berita yang menjadi tumpuan utama pada pasaran semalam adalah pengumuman jawatan pemimpin yang baru di Britain.

Seperti yang telah heboh dijangkakan, Boris Johnson telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Britain yang terbaru menggantikan Theresa May sebelum ini menewaskan pesaingnya, Jeremy Hunt.

Pound Sterling terus didagangkan berisiko ekoran pengumuman tersebut namun tiada penurunan drastik pada carta harga berikutan pasaran telah pun menyerap jangkaan ke arah situasi tersebut.

Matawang Euro turut menyusut sehingga mencecah ke paras terendah dua bulan pada Rabu, sementara pasaran masih menantikan keputusan pendirian polisi oleh European Central Bank (ECB) pada Khamis. Jangkaan bank pusat berkemungkinan menurunkan kadar faedah atau sekurang-kurangnya menyatakan polisi monetari yang longgar.

Dagangan matawang komoditi agak mengecewakan dengan dolar New Zealand dilihat mencatatkan prestasi terburuk setelah bank pusat New Zealand menyatakan pertimbangan untuk polisi monetari yang tidak konvensional.

Sementara, dagangan Aussie terus lemah sehingga awal sesi pasaran Asia hari ini didorong juga oleh data PMI perkilangan dan perkhidmatan di Australia yang mencatatkan angka bacaan yang menurun.

Untuk matawang safe-haven Yen, bank pusat Jepun dijangka akan mengemaskini semula unjuran inflasi lebih rendah pada 1.1% untuk tahun fiskal semasa dan berkemungkinan menurunkan juga unjuran pertumbuhan ekonomi pada minggu hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat