USD Kekal Melemah, Data KDNK AS Bakal Buktikan Kenyataan Powell!

720

Melangkah masuk ke sesi Eropah, pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat untuk suku kedua bagi membuktikan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat polisinya.

Terdahulu, Powell memberitahu bahawa beliau tidak melihat bahawa ekonomi AS sedang berada dalam kemelesetan kerana pasaran pekerjaan yang terus kukuh.

Malah, beliau juga memberi isyarat mengenai kemungkinan untuk memperlahankan kadar kenaikan walaupun pada masa yang sama beliau menyokong satu lagi peningkatan kadar lebih besar pada bulan September.

Namun, keputusan tersebut adalah bergantung kepada data ekonomi semasa dan akan datang.

Raja mata wang US dolar telah susut ketara susulan kenyataan Powell, menyaksikannya didagangkan di sekitar paras terendah tiga minggu berbanding pesaing utama pada waktu penulisan.

Sementara itu, mata wang euro masih mempertahankan keuntungan yang diraih pada sesi sebelum ini dan dagangan pound mendaki ke paras tertinggi empat minggu ekoran kelemahan USD.

Pelabur terus mengekalkan jangkaan untuk melihat kenaikan sebanyak 50 mata asas dalam kadar faedah oleh Bank of England (BOE) pada mesyuaratnya minggu depan.

Meneliti perkembangan mata wang sensitif risiko, dolar Aussie kekal mengukuh pada paras ketinggian lima minggu manakala dolar New Zealand pula positif pada tahap tertinggi satu minggu berbanding USD.

Di sisi lain, mata wang yen turut didagangkan lebih tinggi, memanfaatkan penyusutan hasil bon AS 10 tahun ekoran keputusan Fed.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat