USD Kekalkan Kedudukan Sebagai Raja Mata Wang

517

Pengukuhan US dolar yang berterusan telah mendorong kejatuhan nilai Euro ke paras terendah terbaru lagi dalam tempoh dagangan 20 tahun sehingga nilai Euro hampir setara dengan nilai US dolar.

Bacaan memberangsangkan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu lalu telah menyaksikan pertambahan pekerjaan untuk bulan Jun meningkat kepada 372,000 lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan 260,000.

Terus menyokong pergerakan mata wang safe-haven tersebut, sentimen pasaran kekal berisiko dengan laporan penularan Coronavirus di Shanghai dengan kes jangkitan Omicron sub-varian BA-5, dan akan menjangkakan langkah sekatan pergerakan akan dipertingkatkan semula.

Dengan sentimen pasaran risk-off, mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand turut alami kesan negatif dengan kejatuhan nilai ke paras terendah terbaru 2 tahun.

Mata wang Euro dijangka akan terus mengalami tekanan oleh faktor krisis tenaga di Eropah sementara perkembangan di UK yang akan mempengaruhi pergerakan Pound pula, pelabur akan memantau pelantikan Perdana Menteri UK baru menggantikan Boris Johnson.

Data ekonomi AS menjadi tumpuan penting pada minggu ini yang dilihat akan memacu pergerakan harga sepanjang minggu.

Mengukur kadar inflasi, data indeks harga pengguna AS serta indeks harga pengeluar AS akan diberi perhatian sebelum terbitan data jualan runcit AS dan tinjauan keyakinan pengguna akan menjadi tumpuan di penghujung minggu.

Sementara itu, keputusan mesyuarat polisi bank pusat akan menjadi tumpuan pada minggu ini iaitu Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dan Bank of Canada (BOC).

Jangkaan kedua-dua bank pusat akan meneruskan kenaikan kadar yang agresif dengan masing-masing bakal dijangka meningkatkan kadar kepada 50 dan 75 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat