USD Kekalkan Keuntungan, Apa Nasib Mata wang Lain?

315

US dolar kekal mempertahankan keuntungan yang diraih semalam untuk terus didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Menyingkap semula data yang diterbitkan pada sesi New York terdahulu, laporan PMI pembuatan Amerika Syarikat tanpa dijangka mencatat bacaan lebih baik daripada jangkaan pada bulan Julai.

Namun angka yang dicatatkan kekal di bawah penguncupan dengan rekod 49.0 mata, manakala sektor perkhidmatan pula mencatat pengembangan lebih perlahan pada 52.4 daripada 54.4 sebelumnya.

Ini membuatkan indeks dolar tidak berganjak pada sekitar harga yang sama selepas meraih keuntungan pada sesi Eropah, menyaksikannya berlegar pada 101.40 pada sesi Asia.

Pada masa yang sama, greenback turut mendapat sokongan daripada hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat ke paras tertinggi dua minggu.

Sementara itu, euro kekal diperdagangkan lebih rendah selepas menjunam akibat data PMI Zon Eropah yang mengecewakan, meningkatkan risiko kemelesetan di rantau itu.

PMI Julai mencadangkan bahawa aktiviti ekonomi secara amnya lemah di seluruh Zon Eropah, menyaksikan sektor pembuatan jatuh lebih jauh ke dalam penguncupan sejak Covid melanda.

Mata wang pound pula sedikit susut selepas turut terkesan oleh data PMI UK yang lemah seterusnya menurunkan jangkaan pengetatan daripada Bank of England (BOE).

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand meningkat pada sesi Asia dengan pelabur kini menantikan data inflasi Australia pada hari Rabu.

Turut mencatatkan kenaikan adalah dolar Kanada yang mendapat dorongan daripada dagangan minyak mentah yang lebih tinggi.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat