USD Kekalkan Pengukuhan, Mesyuarat Polisi Bank Pusat Utama Jadi Tumpuan Minggu Ini

275

Pasaran awal minggu sesi Asia menyaksikan beberapa data ekonomi dan mesyuarat dasar oleh bank pusat utama menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini.

Dolar Amerika kekal meneruskan momentum pengukuhannya dengan sokongan oleh data-data yang menunjukkan pengukuhan ekonomi A.S. US dolar diniagakan meningkat berbanding safe-haven yen sementara fokus turut terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat JEpun (BOJ) pada pagi esok.

Bacaan data ekonomi pada Jumaat memaparkan pembinaan rumah di A.S melonjak ke paras tertinggi 13 tahun pada bulan Disember, mengikuti peningkatan dalam jualan runcit A.S yang diterbitkan pada Khamis.

Dolar Kanada melemah berbanding USD menjelang mesyuarat Bank Pusat Kanada (BOC) pada Rabu, yang dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan dalam dasar monetarinya dengan kadar faedah kekal pada tahap 1.75%.

Sementara itu, dolar euro pula diniagakan susut lebih rendah berbanding USD, dengan tumpuan turut terarah kepada Bank Pusat Eropah (ECB) yang juga akan mengadakan mesyuarat polisi pada minggu ini.

ECB kini sedang menjalankan kajian semula dasar dan mungkin akan mengubah matlamat inflasi mereka buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun, yang dijangka bakal memberi kesan kepada dagangan euro.

Pasangan matawang GBP/USD susut lebih 100 pips susulan data jualan runcit UK yang lebih lemah daripada dijangkakan, meningkatkan lagi jangkaan pelabur untuk pemotongan kadar faedah pada akhir bulan ini.

Ini menyusuli kenyataan dovish oleh beberapa ahli Bank Pusat England (BOE) yang memberi isyarat mengenai pengurangan kadar faedah dan juga kelemahan data-data ekonomi utama di UK.

Turut menjadi perhatian pasaran awal minggu ini adalah peningkatan harga minyak mentah berikutan Komander Libya Khalifa Haftar dilapor telah menyekat eksport minyak di pelabuhan bawah kendaliannya yang dijangka akan mengurangkan sebanyak 800,000 tong sehari.

Tindakan ini diambil menjelang persidangan dengan kerajaan Tripoli yang akan dihoskan oleh Angela Merkel di Berlin.

Hal ini dilihat akan menjejaskan jumlah pengeluaran dunia pada tahun ini dengan menimbulkan defisit kerana setakat ini, pengeluaran adalah kira-kira 102 juta tong sehari, terutamanya di Eropah memandangkan Libya adalah pengeksport majoriti minyak mentahnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat