USD Kembali Kukuh Sebab Faktor Ini!

788

Dolar Amerika didagangkan mengukuh pada sesi Asia didorong oleh hasil bon AS 10 tahun yang melonjak ke tahap tertinggi dua tahun berikutan optimisme pasaran untuk kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Penanda aras hasil bon 10 tahun meningkat ke tahap 1.88%, paras tertinggi pernah disentuhnya sejak Januari 2020 sementara hasil 2 tahun pula melonjak di atas 1% untuk pertama kali sejak Februari 2020.

Kenaikan ini secara tidak langsung memberi indikasi mengenai keyakinan pelabur yang meningkat untuk mengetatkan dasar.

Mesyuarat pertama FOMC untuk tahun ini akan berlangsung pada minggu depan dan ini pastinya paling dinantikan pelabur untuk mendapatkan petunjuk mengenai bila dan berapa banyak Fed akan naikkan kadar.

Sementara itu, euro antara mata wang yang mempamerkan aksi terburuknya berikutan pengukuhan dolar greenback. Bank Pusat Eropah (ECB) kini adalah salah satu bank pusat yang paling dovish, menyebabkan euro terus dalam tekanan.

Dagangan pound terus tergelincir lebih jauh dari paras tertinggi dua bulan berbanding US dolar, dengan tumpuan pelabur kini beralih kepada penerbitan data inflasi pada sesi Eropah hari ini.

Terdahulu, pelabur telah diperlihatkan pada data pekerjaan UK yang menunjukkan bacaan positif, di mana kadar pengangguran mencatatkan bacaan lebih baik dari jangkaan dengan menurun kepada 4.1% dalam tempoh tiga bulan hingga November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat