USD Kembali Mendaki, Pelabur Waspada Menjelang Sesi New York

580

Kebanyakan matawang utama telah mula mengundurkan diri ketika pasaran memasuki sesi Eropah, membuka jalan kepada dolar greenback untuk kembali meningkat lebih tinggi.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar diniagakan tinggi pada sekitar harga 96.40.

Sebelum ini, raja matawang itu merosot yang mungkin dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung oleh pelabur walaupun telah diperlihatkan dengan data inflasi yang kukuh.

Para pelabur kini telah mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat polisi yang melibatkan beberapa bank pusat utama, khususnya Federal Reserve (Fed).

Bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang kuat pada bulan November, telah meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Fed untuk mengumumkan pengurangan pembelian bon lebih cepat pada mesyuarat polisi FOMC minggu ini.

Secara tahunan, indeks harga pengguna AS terus kukuh di tahap tertinggi sejak tahun 1982 dengan meningkat pada 6.8% daripada 6.2%.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, euro kembali mengurangkan keuntungan dengan didagangkan lebih rendah di bawah paras harga 1.1300 seiring dengan peningkatan dolar greenback.

Sementara matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi juga mencatatkan penyusutan, memadamkan keuntungan yang diraih pada akhir dagangan minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat