USD Kembali Menguat! Apa Dah Berlaku?

1,026

Dolar greenback berlegar di sekitar paras ketinggian satu minggu berbanding kebanyakan matawang utama, diangkat oleh hasil perbendaharaan AS yang lebih tinggi dan kewaspadaan pelabur menjelang pengumuman dasar oleh bank pusat Eropah dan Kanada.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar melonjak lebih tinggi sekitar harga 92.50 pada sesi Asia.

Hasil bon AS 10 tahun meningkat melepasi tahap tertinggi sejak Ogos pada tahap 1.38%, menarik raja matawang US dolar untuk turut menokok.

Kenaikan USD juga disokong oleh penurunan dalam pasaran saham global yang ditekan oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi akibat penularan virus Delta yang semakin meningkat.

Sementara itu, matawang euro merosot lebih rendah tetapi kekal bertahan di atas harga 1.18000 berbanding dolar greenback, ketika tumpuan pasaran kini beralih kepada mesyuarat polisi ECB pada hari esok.

Matawang pound pula kembali menjunam di bawah harga 1.3800 disebabkan pengukuhan USD, walaupun terdapat komen hawkish daripada pembuat dasar Bank Pusat England (BOE), Michael Saunders yang mengatakan bank pusat perlu meningkatkan kadar faedah pada tahun depan sekiranya pertumbuhan berterusan dan inflasi semakin meningkat.

Di sisi lain, dolar Aussie juga menurun meskipun keputusan Bank Pusat Australia (RBA) semalam menyaksikan rancangan untuk pengurangan pembelian bon tetap diteruskan, tetapi dilanjutkan untuk tempoh yang lebih lama.

Kiwi pula mencatat penyusutan sederhana ketika New Zealand masih bergelut untuk meningkatkan program vaksinasi bagi mengekang penularan coronavirus yang lebih luas di negara itu.

Dolar Kanada menyusut rendah ekoran lonjakan US dolar, dengan tumpuan kini tertumpu pada mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat