USD Susut Lebih Jauh, Ini Rupanya Yang Berlaku Dalam Pasaran!

2,075

Permulaan menyuramkan buat dagangan US dolar pada awal minggu selepas mengalami kerugian mingguan pertamanya pada minggu lalu, dengan sentimen pasaran kini disokong oleh harapan terbaharu dari pelonggaran sekatan di China.

Shanghai dijangka akan menamatkan sekatan keseluruhannya mulai 1 Jun dan pemotongan kadar faedah yang tidak dijangka pada minggu lalu, telah diambil sebagai isyarat bahawa pihak berkuasa akan memberikan sokongan kepada pemulihan.

Niaga hadapan pasaran saham Amerika Syarikat melonjak dengan ketara pada awal dagangan sesi Asia yang turut merangsang mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand untuk meningkat lebih tinggi.

Dolar Aussie menokok sekitar 0.6% dengan membawanya ke paras tertinggi lebih satu minggu, manakala kiwi pula ke paras ketinggian tiga minggu selepas menokok 0.7%.

Mesyuarat polisi Bank Pusat New Zealand (RBNZ) akan menjadi tumpuan pasaran pada minggu ini, di mana ia dijangka akan meningkatkan kadar faedahnya sekali lagi.

Sementara raja mata wang pula terus menyusut apabila pelabur mengurangkan permintaan terhadap US dolar yang sebelum ini disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Mata wang euro turut meningkat susulan penyusutan US dolar, selain turut didorong oleh keyakinan pelabur bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan memulakan kitaran pengetatannya dengan kenaikan kadar pertama pada bulan Julai.

Selain itu, dagangan pound pula kekal stabil di sekitar paras ketinggian hampir tiga minggu dengan perhatian pelabur terarah kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan Zon Eropah pada minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat