USD Lemah Selepas Mesyuarat FOMC, EUR/USD Lonjak 120 Pips!

287

Mesyuarat FOMC yang menjadi tumpuan utama pasaran menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas seperti yang telah dijangkakan pasaran sebelum ini.

Ucapan susulan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengundang reaksi bercampur pasaran yang dilihat cuba untuk meredakan panik dengan menyampaikan pandangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) belum lagi menuju ke arah kemelesetan.

Namun, ini telah menjadi faktor yang mendorong penyusutan ketara terhadap mata wang US dolar ketika ramai yang menjangkakan kenaikan kadar sepatutnya mengukuhkan US dolar secara teorinya.

Namun, penganalisis tidak terkejut ekoran situasi penyusutan US dolar selepas pengumuman kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC telah beberapa kali berulang sebelum ini.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan lonjakan sekitar 120 pips selepas mesyuarat tersebut dari paras sokongan 1.01000.

Harga yang melonjak di atas paras 1.01600 turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal perubahan trend bullish.

Namun, harga masih bergerak dalam zon mendatar sejak minggu lalu dengan rintangan pada zon 1.02400-1.03000 masih lagi menahan harga untuk memecut lebih tinggi.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon 1.03000 tersebut, corak bullish harga yang lebih jelas akan didorong untuk menuju pula pada ketinggian 1.04000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Pelabur walau bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi untuk jangkaan kenaikan harga ekoran mata wang Euro masih lagi terpalit dengan krisis tenaga di Eropah.

Sementara jika US dolar kembali mengukuh dan menekan harga jatuh semula, paras sokongan pada 1.01000 akan menjadi sasaran utama bakal diuji.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan selanjutnya akan kembali menjangkakan zon support pada 1.0000 untuk dicecah harga semula selepas zon tersebut diuji pada dagangan pertengahan Julai lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat