USD ‘Lembik’ Selepas FOMC, EUR/USD Sambung Panjat Lagi

475

US dolar terus didagangkan susut menuju penghujung minggu selepas reaksi pelabur terhadap mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi.

Federal Reserve (Fed) seperti dijangka terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25% sementara pembelian bon juga turut diteruskan.

Dengan penyusutan berterusan US dolar ini dijangka akan terus memberi ruang untuk mata wang utama lain terus mengukuh khususnya Euro.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah berjaya melonjak melepasi zon resistance 1.21800 mencapai paras ketinggian 1.22130 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak April 2018.

Lonjakan tersebut juga disokong oleh data ekonomi Eropah yang diterbitkan meningkat yang melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan terutamanya di Jerman.

Namun harga mula menunjukkan penurunan semula pada sesi New York menjelang keputusan mesyuarat FOMC yang dinantikan pelabur.

Ketika mesyuarat FOMC, harga berlegar semula pada zon resistance sebelum ini sektiar 1.21800-1.21500 sebelum reaksi pasaran melihatkan harga menghenjut sehingga ke paras terendah harian sekitar 1.21270.

Namun harga kembali melonjak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menunjukkan isyarat trend masih bullish.

Momentum kenaikan harga bersambung pada sesi Asia pagi ini dengan kenaikan setakat jam 10.46 pagi waktu tempatan ke paras ketinggian yang dicapai semalam.

Dengan tumpuan yang masih terarah terhadap pakej rangsangan ekonomi AS yang memberi tekanan kepada US dolar, kenaikan harga dijangka akan diteruskan menuju paras ketinggian terbaru sekitar 1.22500.

Jika penurunan harga kembali berlaku, zon RBS (resistance become support) 1.21800 akan kembali diuji yang akan menyokong harga jatuh lebih rendah.

Penurunan di bawah zon tersebut semula akan memberikan isyarat trend bearish harga bakal bermula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat