USD Makin Jatuh, Pelabur Makin Galak Borong Emas

1,706

Emas meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi Asia dengan didagangkan kukuh pada paras ketinggian terbaru tiga bulan ketika US dolar yang lemah terus menarik daya tarikan terhadap logam berharga.

Ketika penulisan, spot emas diniagakan meningkat di sekitar harga $1,868 per auns setelah menyentuh tahap tertinggi pada $1,873 pada awal pembukaan sesi Asia.

Logam kuning telah memanfaatkan kelemahan dolar greenback, terutamanya semasa dagangan sesi New York kerana masih terkesan dengan bacaan data jualan runcit AS yang jauh lebih lemah daripada jangkaan pasaran.

Kenaikan inflasi AS yang tinggi turut memberi sokongan buat dagangan emas, lebih-lebih selepas Federal Reserve (Fed) terus mengulangi komitmennya untuk mengekalkan dasar monetari semasa yang sangat longgar.

Naib Pengerusi Fed, Richard Clarida dalam kenyataan terbaru mengatakan bahawa bank pusat akan memberi amaran lebih awal sebelum mereka mula mengurangkan pembelian bon kerajaan.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun kekal di sekitar tahap yang sama pada 1.62%, disokong oleh kenaikan inflasi. Namun, dengan pendirian Fed untuk terus kekal dengan dasar semasa, membuatkan pergerakan hasil bon terus terbatas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat