USD Makin Kuat, Pound Terus Lemah

547

US dolar kekal kukuh berbanding pesaing utamanya dengan meningkat lebih tinggi pada pembukaan sesi Eropah.

Matawang utama berundur dari kenaikan yang dicatatkan sebelum ini, selepas pengawal selia kawangan utama China membincangkan mengenai perlunya mengambil langkah-langkah proaktif untuk menstabilkan pasaran perumahan, selain turut menyatakan menyatakan kewaspadaan terhadap risiko ‘bubble’ meletus di pasaran asing.

Indeks dolar meneruskan peningkatan menuju paras tertinggi empat minggu pada 91.40, dan mendorong dagangan matawang utama lebih rendah.

Walaupun penanda aras hasil perbendaharaan AS telah menurun dari tahap tertinggi satu tahun minggu lalu, tetapi ia masih berada di tahap yang tinggi dan cukup untuk menyokong pengukuhan US dolar.

Senat AS dilaporkan akan mengambil rang undang-undang rangsangan Presiden Joe Biden $1.9 trilion pada hari Rabu. Pasaran menjangkakan Senat akan menghapuskan kenaikan gaji minimum dari rang undang-undang tersebut, tetapi masih tidak jelas sama ada pakej bantuan akan diluluskan.

Matawang pound malangnya gagal mengekalkan pengukuhan di tengah-tengah kebimbangan terbaru pelabur terhadap kemungkinan mengenai langkah pelaksanaan kadar faedah negatif akan dipertimbangkan semula.

Pembentangan bajet belanjawan oleh Menteri Kewangan UK Rishi Sunak pada hari Rabu akan menjadi tumpuan utama pasaran yang menjangkakan lebih banyak langkah rangsangan fiskal akan dilancarkan untuk menyokong ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat